fbpx
September 2, 2023

AIDA Marketing Model

Haloo haloo PET-repreneur semua! 🫰
Meh YN share ilmu sikit pasal AIDA MODEL.

Secara amnya,
kebanyakan bisnes bisnes besar
menggunakan AIDA MODEL sebagai strategi pemasaran mereka nak convert prospect to customer & nak bagi customer buat purchase decision.

Apa apa je yang kita buat dalam marketing,
cuba apply 4 peringkat ni.
Tak kira dalam copywriting, marketing material untuk printing, blog writing, website landing page dsb.
Pendek kata, nak promote our brand (products/services) nak bagi orang beli.

😔 Dah buat dah..
Tapi kenapa tak close sale jugak???
Ok..
sale tak close ni kebanyakannya..
sebab utamanya adalah;

1️⃣ CUSTOMER NEEDS.

Customer xperlukan lagi produk/servis kita tu…
So, tak ada demand dari customer.

Ye la.. dia x perlukan lagi,
kau nak paksa paksa dia beli pun,
buat apa kan?

Samada karang, dia beli… tapi tak guna..
Atau dia beli… tapi bg orang lain guna.

So, terpulang kat kita sbg seller, apa target kita.
Kalau sekadar nak kejar sale semata,
ikut sukati korang la buyer tu nak buat apa dengan produk kita kan.. janji terjual.

Tapi kalau ikut YN kan..
kita tak suka paksa paksa orang beli,
sebab kalau paksa,
produk/servis kita tu tak akan boleh sustain/bertahan lama..
percayalah.
Sebab kita nak dapatkan review customer kan..
Nak tahu..
Bagus ke tak products/services kita tu..

2️⃣ PRODUCT’S BENEFITS.

Kadang…
Walaupun customer tak perlukan lagi products/services kita tu..
Tapi bila dia tengok benefit yang ada..
SURE DIA AKAN bertukar dari prospect kpd customer.
Turn to purchase the products/services!

Percayalah!

Sebagai contoh..
SHOPEE products!
Kau tak perlukan pun barang barang yang ada dalam tu.
Buat masa ni..
Sebenarnya!

Tiba tiba..
9hb september tu..
Kau terbukak apps Shopee..
“Umanggggg aiii!!! banyak offer!!!!!!!!!!!!!!!”
Dan mata kau terus bercahaya cahaya! 😍😂🤣
(haha! YN lah tu! 🤦‍♀️💆‍♀️)

Terus..
Tanpa disangka sangka..
Kau tertekan ‘Add to cart’ & terus ke payment! 😣
“Alamakkkkkk! terbeli pulak!” 😵‍💫

Soooo?!!!
Menyesal pun tak berguna!
Haha!
Soo..
bermakna..
Offer/benefits yang di bagi tu..
trigger customer tu untuk buat purchase decision!

See!
Product’s benefit ni banyak contoh..
Samada product/service itself (QUALITY)..
ataupun kita create the benefit yang customer boleh dapat..

Contoh lagi..
Kalau product/service tu mahal..& mmg berkualiti..
Macam mana nak trigger interest customer?
• Tunjuk/bagi bukti yang product/service kita tu bagus mana.
• Bukti ni s/ada review/testimonials/bagi je la free dalam berapa pcs/berapa slots.. yang penting boleh cover the costs. Kadang ada bisnes yang tak kisah pun mula mula rugi. Dia bagi all out free postage/free services untuk berapa orang, sebab nak wujudkan trust customer kat products/services dia.

Nampak kan..
2 benda ni penting sebenarnya.
Then baru kita akan create benda benda lain untuk stimulate lagi interest prospect customers.

Ok..
YN bagi summary apa tu AIDA.
(kang korang bosan panjang nau posting 🤭)

A : Attraction
• Tarik perhatian audience.
• Tambah emotions kat sini.
• First impression orang bila tengok marketing kita.
• Kalau untuk poster; contrast, text/typography, image dsb.

I : Interest
• Wujudkan minat audience.
• Tunjuk/bagitau apa manfaat yang mereka boleh dapat kalau purchase.
• Value of the products/services.
• USP kita. Kat sini show off apa kelebihannya kita.

D : Desire
• Bila audience dah ada minat, tambahkan lagi excitement mereka.
• Apa lagi yang best/bagus boleh kita bagi.
• Kat sini kita nak build up trust audience/prospect customers.
• Samada tunjuk review/testimonial/bagi free atau boleh test product/services dulu, then dapat some sort of discount kalau confirm purchase.

A : Action
• Yang ni penting.. kalau untuk material marketing, kena letak apa action prospect customer boleh buat. Contoh; Buy Now, Purchase Now, Register Now dsb. Bagitau mereka apa action perlu buat.
• Bagi info yang boleh untuk mereka buat action. Maklumat bisnes. Kadang letak website je pun boleh/whatsapp no/soc med ID. Yg penting, ada maklumat bisnes.
• Yang penting jugak.. maklumat yang mudah untuk mereka buat pembelian!

Dapat sesuatu kan?

Sebar sebarkan & semoga bermanfaat!

YN doakan siapa je yang baca sampai habis ni dapat sesuatu & boleh apply kan dalam bisnes.

Semoga bisnes semua berjaya!
Untuk Dunia & Akhirat!
In Shaa Allah 🤍🫰

“Kita Sama Sama Belajar”

 

You may also like...

Leave a comment...