fbpx
September 16, 2022

Apa itu Lifestyle Ladypreneur?

Apa itu Lifestyle Ladypreneur?

Mesti anda tertanya-tanya kan… Apa itu ‘Lifestyle Ladypreneur’?

YN suka gelarkan diri sebagai Lifestyle Ladypreneur. Sebab buat bisnes tak utamakan keuntungan semata-mata. Lebih kepada hobi, minat & berkongsi ilmu dengan orang. Buat kerja pun dalam suasana santai. Tak suka pressure yang keterlaluan. Kalau on ipad, nak buat job untuk designing, atas tilam pun boleh sambil baring! >.< Janji happy! hehe..

‘Lifestyle Ladypreneur’ adalah ‘Lifestyle Entrepreneur’ yang bermaksud seorang usahawan itu memutuskan jenis gaya hidup yang mereka ingin nikmati dan kemudian membina perniagaan mereka bergantung kepada gaya hidup mereka. Perkataan ‘Lady’ di situ adalah kata ganti nama untuk seorang wanita.

Seorang Lifestyle Entrepreneur’ lebih fokus kepada gaya hidup mereka dahulu, barulah mereka fikirkan bisnes. Ianya berbeza dengan cara usahawan lain beroperasi di mana mereka mendahulukan perniagaan dan kemudian mereka bentuk gaya hidup mereka untuk menampungnya.

Seorang Lifestyle Entrepreneur’ menitikberatkan kebebasan (seperti bekerja dalam jumlah jam tertentu atau ‘travel’ ikut kesesuaian mereka) dan juga seorang yang ‘passionate to create their business’. Sangat bersemangat untuk bisnes kerana kebanyakannya adalah daripada hobi mereka. Senang kata, membina perniagaan yang tidak suka terikat dengan mana-mana pihak atau bergantung pada orang lain. Mereka tidak mahu tertekan dan nikmati kehidupan dengan hati tenang sambil berbisnes. Just have fun!

Seorang ‘Lifestyle Entrepreneur’ menjalankan perniagaan secara dalam talian / ‘online’. Mereka tidak mempunya lokasi fizikal atau memerlukannya untuk beroperasi. Apa yang mereka perlukan hanyalah sebuah komputer riba dan sambungan ke internet untuk menguruskan perniagaan mereka. Terdapat beberapa alat yang mereka gunakan, tetapi ianya mudah alih. Seperti yang YN katakan tadi, mereka tidak terikat dan boleh mengendalikan perniagaan mereka di seluruh dunia. Jika mereka menawarkan perkhidmatan, seperti bimbingan / latihan, mereka boleh bekerja melalui ‘online’ sahaja.


Seorang ‘Lifestyle Ladypreneur’ membina perniagaan yang bukan sahaja fokus kepada keuntungan kewangan, malah lebih kepada untuk kepuasan, kepuasan peribadi dan kegembiraan. Nak tenang tenang dan happy aja! ^.^


Bagaimana seorang ‘Lifestyle Entrepreneur’ bekerja?

Secara amnya, orang akan mencari kerjaya bisnes terlebih dahulu dan kemudian membina kehidupan mereka di sekelilingnya. Tetapi ‘Lifestyle Entrepreneur’ melakukan sebaliknya di mana mereka membina kerjaya bisnes mereka daripada kehidupan mereka. Perniagaan mereka menghasilkan wang, tetapi wang itu digunakan untuk menyokong minat, hobi, apa yang mereka suka dan matlamat mereka.

Walaupun perniagaan di rumah telah wujud sejak sekian lama, internet membenarkan orang ramai memulakan dan menjalankan perniagaan di seluruh dunia dari mana-mana sahaja di dunia—walaupun semasa anda melancong. Perisian ‘Cloud’, telefon pintar dan komputer riba membantu usahawan ini bekerja di mana mana sahaja.

Contohnya, Natalie Sisson, pengarang “The Suitcase Entrepreneur”, mencipta perniagaan yang menyokong minatnya mengembara. Beliau menyediakan produk bimbingan dan maklumat kepada usahawan lain yang ingin menjalani kehidupan pengembaraan dan kebebasan. Dia menjalankan perniagaan dengan hanya menggunakan telefon dan komputer ribanya, di samping membolehkan dia melancong dengan bebas dan meneruskan gaya hidup yang dia gemari.

Begitu juga, usahawan Tim Ferriss yang menjual buku dan merekodkan ‘podcast’ tentang keusahawanan dan pembangunan peribadi. Dia terkenal dengan bukunya “The 4-Hour Workweek“, yang mengajar pembaca cara membina kerjaya yang menekankan gaya hidup berbanding kerja. Perniagaannya membantu capai matlamat kewangan, dan gaya hidupnya adalah produk/servis kepada perniagaannya.

YN masih mencari cari contoh di Malaysia. Ada. mungkin banyak. Tetapi, di luar negara memang ramai yang menggunakan hobi serta minat (gaya hidup) untuk hasilkan perniagaan. ‘Mind Set’ usahawan seperti ini mungkin tidak sama sepenuhnya seperti usahawan usahawan lain di mana mereka hasilkan keuntungan bisnes daripada ‘passion’ atau minat mereka.


Motivasi yang paling biasa buat ‘Lifestyle Entrepreneur’ ialah “fierce desire for independence”; iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk berdikari.


You may also like...

Leave a comment...