fbpx
September 2, 2023

Customer Reject Tak Nak Beli

CUSTOMER REJECT TAK NAK BELI?
Pernah lalui kan?

Buat mereka yang nak tahu & study..
Boleh baca perkongsian YN ni.. 🫰🤍💛
Berkaitan Customer/Consumer Behavior ☺️

Panjang sangat ye. 🙏
Tapi SANGAT SANGAT BERGUNA.
Anggap la ni ilmu tambahan untuk marketing.
Kita sama sama belajar..
In Shaa Allah.

……………

Actually, kalau cerita bab consumer/customer behavior ni ianya sangat sangat kompleks.
Sebab ia melibatkan psikologi pengguna untuk buat keputusan pembelian (purchase decision).

Kalau tengok mana mana marketing info berkaitan customer behavior ni,
ada step-by-step details apa yang mempengaruhi customer untuk buat pembelian.
Nak beli ke tidak apa yang kita jual.

Sebelum kita tengok apa dia step-by-step tu,
kita kena tahu jugak…

⚠️ Kebanyakan customer akan buat keputusan pembelian berdasarkan faktor faktor lain spt;

1️⃣ Faktor luaran yang melibatkan;

• Rangsangan Pemasaran
Yang ni kalau nak cerita details, panjang sangat ☺️
pendek kata, produk/servis kita lah..
Apa yang bagusnya produk/servis kita dari segi;
Product tu sendiri…, Price (mahal ke murah? sesuai ke dengan kualiti?), Place (kat mana boleh dapat produk/servis kita) & Promotion (ada tak kita war warkan bg org tahu?).

• Persekitaran (Environmental)
Yang ni termasuklah ekonomi, teknologi, politik, cultural & demographic.
uishhh kompleksnye! kann! ☺️🤭

2️⃣ Buyer’s Characteristics;

• Yang ni lebih kepada sifat/karakter pembeli tu sendiri.
Termasuklah dia punya Believes, Values, Attitudes, Knowledge, Motives, Perceptions & jugak Lifestyle.
Setiap orang ada minat & pandangan tersendiri.
Yang ni, kita sebagai seller tak boleh nak tukar apa persepsi prospect customer,
tapi kita boleh create produk/servis kita ikut kehendak mereka.
Sebab tu, nak buat bisnes,
memang kena buat research.
Nak tengok permintaan/demand tu kat mana.

➡️➡️➡️ Next!

⚠️ Bila customer nak buat keputusan…
nak beli ke tidak… dia akan ikut process ni.
Ni memang kebanyakan dari kita akan buat..
Even YN sendiri! 🤭 haha!

1️⃣ Customer Needs
(Apa yang customer suka & perlukan)

2️⃣ Information Search
(Bila dia dah suka & teringin nak beli, dia akan google search (paling cepat) info berkaitan produk/servis)

3️⃣ Evaluate Alternative
(Lepastu, dia akan buat perbandingan dari segi ciri ciri/value, harga dan jugak perbandingan dari beberapa seller. Berbaloi ke tak dia beli..)

4️⃣ Purchase Decision
(Dekat stage ni yang akan tentukan confirm ke tak dia beli. Biasanya kat stage ni, yang marketing ads kita buat tu… DESIRE penting! (refer AIDA MODEL dalam posting YN sebelum ni.. Kat sini yang boleh trigger customer untuk terus buat pembelian.)

5️⃣ Post-Purchase Evaluation
(Bila dia dah beli. Dia suka & dia akan menilai samada produk/servis kita bagus atau tidak. Ada customer akan bagi feedback. Ada sesetengah akan cerita pada orang lain bagus ke tidak produk/servis yang dia beli. Kadang, bila dia perlukan lagi in future, dia akan beli lagi produk/servis sama dari kita. Ataupun produk/servis lain yang kita tawarkan.

Pendek kata..
semua faktor sangat penting dalam nak tentukan orang beli ke tidak produk/servis kita.

⚠️ Sebab tu sebelum start kita jual/berbisnes..
Perkara penting kena tahu;

1️⃣ Ada demand tak? Ada ke org nak? Sebab kita nak selesaikan masalah org. Bukan syok sendiri.

2️⃣ Product’s benefit. Apa yang org dapat bila guna produk/servis kita? Dapat selesaikan masalah customer ke tidak?

💛 Contoh mudah..
Jual Nasi Lemak!

1️⃣ Demand banyak! Ada je orang nak beli. percayalah! Tapi… tengok no 2.

2️⃣ Nasi Lemak tu sedap tak? Sambal dia sedap? Selalu kalau Nasi Lemak, orang pentingkan sambal. Kalau sambal tak sedap, aduhhh beli sekali je la. lepas tu tak de dah.
Kat no 2 ni jugak kita bagi Nasi Lemak mcmana? Daun pisang? kalau siap siap bungkus, asingkanlah sambal. sebab ada orang tak suka nasi kembang sebab dah kena sambal..
Atau, telur tu.. janganlah kedekut sangat..
depends.
semua tu kena tengok jugak demand macam mana.
Nak puaskan hati semua orang, memang tak boleh.
Tapi buat penilaian.
Observation.
Apa yang customer suka & nak.

Simple.

So, kalau cukup 2 benda ni,
In Shaa Allah..
buat tambahan marketing lain,
sure ada demand yang tinggi!

……………

Tapi..
Lepas tu…
Aishhhh panjang lagi ni nak cerita..
Tak pe, kalau nak tau, boleh teruskan baca.. 🫰

Hurmm…
Kita dah design marketing materials bagus bagus..
Dah buat copywriting menarik..
Dah stimulate interest dengan bagi macam macam value, gift dsb..
Dah whatsapp prospect customer..
Siap dah buat call lagi..
Ayat manis kita susun..
Tapi masih jugak tak close close sale! 💆‍♀️
Asalllll ekkkkk????? 😭😭😭

Pernah jadi kan? ☺️
Ye.
Kebanyakan bisnes/seller pernah melalui proses ni.
YN sendiri pun pernah!
Siap follow up setiap bulan.
Sebab janji bulan depannya… 😣
Sampai ke sudah!
Kita dah bagi value macam macam..
Dah memang suka pun..
Tapi..
Still pending!
Tak close sale langsung!

Sebab apa?

1 je sebab…
Produk/servis kita bukan untuk dia!
Ni hakikat.
Fakta.

YN pernah buat design flyers seorang client ni..
Dia bagitahu..
“Yayang, perlu ke letak harga? Nanti orang tak nak datang sebab mahal..”
Kita bagitau la client tu..
Letak je harga. Lebih telus & mudah.
Dari situ kita akan dapat 90% customer yang betul betul perlukan produk/servis kita.

Contoh..
Kalau betul betul dia perlukan produk/servis kita..
Semurah/mahal macam mana sekalipun..
Dia akan usahakan untuk carik bajet!
Carik duit.

Kalau tak..
Dia akan fikir..
“Tak pelah.. nanti dulu… Aku ada cukup duit nanti.. Aku beli”
Walaupun dia suka!
Dia masih boleh teruskan lifestyle dia tanpa produk/servis kita..
Nanti nanti boleh..
Itu bermakna;
produk/servis kita BUKAN & BELUM LAGI untuk dia.
Mungkin akan datang!

Jadinya..
tak perlu sedih atau frustrated bilamana
kita dapat rejection dari prospect customer!
In Shaa Allah!
Akan ada yang lain datang!
Yang betul betul perlukan produk/servis kita.

Teruskan buat marketing!
Jangan berhenti.
Bila berhenti—tu yang orang tak nampak kita!
CARA KITA BUAT TU DAH BETUL DAH…!
Tapi sebab produk/servis kita bukan untuk mereka yang reject.
Sebab tu dia tak beli!

Teruskan buat marketing &
carik lubuk mana yang ada customer perlukan produk/servis kita.
(yang ni pun ada tips dia.. mana nak dapat dengan mudah. tapi tulah… effort memang kena ada. samada dari segi masa/kos untuk buat marketing)

Simple bukan.
Nak tak nak je sebenarnya..
(cakap kat diri sendiri 🤭)

“Kita Sama Sama Belajar”

……………….……………….……………….……………….……

You may also like...

Leave a comment...