YN nak share sikit future trends untuk pet industry.
Ni YN dapat dari hasil research & bacaan ye.
Boleh amik sebagai ilmu.
Save je posting ni..
Boleh baca kemudian.
Mungkin ada beberapa info yg orang kata..
“alah.. tu memang dah ada ke sekarang?”
Ye.. Mungkin dah ada.
Tu bermakna, trend tu x lapuk & demand ada.
Terserah kat kita nak enhance kan macammana.
Carik USP kita.
Up-to-date dengan kehendak customer ✌️🤍
Dia yang bagusnya..
Bila bisnes; tanya customer balik..feedback..
Apa masalah/apa benda yang kita boleh upgrade.
Bukan semata2 harapkan pujian customer je tau..
Info untuk future trends yang YN kongsikan kat bawah ni.. korang boleh fikir fikirkan,
apa yang sesuai untuk bisnes korang & boleh bagi idea apa yang korang boleh buat..
Ingat.. yang penting kena ada USP.
Bezanya/apa lebihnya bisnes korang dr org lain.
Konsep sama. Tapi mesti kena ada keunikan 🫰🤍
ᴥ No. 1 : Premium and specialized pet products.
Pet owner skang kebanyakannya mencari yang high-quality, premium products utk pet diorg, termasuklah natural and organic foods, specialized diets & eco-friendly accessories. Trend ni wujud sebab ada kesedaran yang tinggi kat pet owner untuk pet health and nutrition. Kiranye Pet Owner sekarang dah semakin bijak la untuk amik tau.
ᴥ No. 2 : Tech-enabled pet products.
Teknologi untuk pet products ni dah semakin berkembang & popular. Contohnya; Smart collars, GPS trackers, automated feeders & interactive toys. Pet owner mudah nak monitor & interact dengan pet mereka bila bila masa je. Especially kalau pet ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan.
ᴥ No 3 : Health and wellness services.
Permintaan/demand kat pet healthcare services; contohnya macam veterinary care, pet insurance, preventive medicine & alternative therapies, dijangka akan meningkat. Pet owner sekarang semakin sangat proactive nak memastikan kesihatan & kesejahteraan pet mereka. Yelah kan.. pet ni dah sebahagian mcm family 😍
ᴥ No 4 : Personalized products and services.
Buat customized products / services ikut kehendak customer & pet mereka. Contohnya personalized nutrition plans, DNA testing for breed identification and health screening & customized accessories.
ᴥ No 5 : E-commerce and online pet marketplaces.
Sekarang orang ramai suka beli online. Sebab mudah & kadang harga jauh lagi murah. So, E-commerce platforms & online marketplaces untuk pet products & services semakin meningkat.
Nak set up e-commerce ni, nampak mcm senang. Tapi banyak perkara kena amik kira, especially dari segi membangunkan website & seo marketing. Nak kena buat maintenance website dsb. kena belajar & amik tau la kalau nak buat. Sebab, kalau betul2 buat, memang berkesan.
ᴥ No 6 : Sustainable and eco-friendly products.
Semakin ramai pet owner sangat amik berat tentang alam sekitar dan demand untuk eco-friendly pet products pun semakin meningkat. Contohnya biodegradable waste bags, organic grooming products & environmentally friendly pet toys.
ᴥ No 7 : Pet-centric technology and apps.
Yang ni best! YN sendiri ada cita cita nak buat mobile apps untuk Pet. Adalah. Idea tu dah ada & dah plan jugak design/sketch the outline. Tapi kena buat betul betul yang ni.. sebab, nak bangunkan completes apps tu min RM50k, max RM100k. So, kalau ada yang bercita cita nak buat, buat business plan betul betul & carik investor. ✌️☺️
Akan datang, mobile apps & technology platforms dah jadi keperluan jugak untuk pet owner. Contohnya; apps yang boleh offer features sebagai pet social networks, training resources, pet-friendly travel guides & on-demand pet care services.
ᴥ No 8 : Humanization of pets.
Trend ni considering pets sebagai family members & treating pet mereka sebaik mungkin. Contohnya; termasuklah spend banyak duit untuk pet grooming, luxury accessories, pet-friendly vacations & juga pet spas. Pet owner sanggup berhabis duit semata mata untuk pet mereka yang dah dianggap sebahagian family. 🤍💛
Dapat sesuatu tak?
Alhamdulillah..
Mana yang baik, boleh amik.
YN share apa yang YN baca & dapat.
Moga kita sama sama sukses dalam bisnes.
Ingat..
Yang membezakan bisnes kita dengan orang lain ialah USP.
Apa benda?
Kena sit down & buat brainstorming ideas.
Apa keunikan kita.