**Story yang YN akan kongsikan ni panjang… Sebab lebih kepada projek yang YN buat. Untuk anda yang benar benar serius & baru bermula dalam bisnes, boleh tarik nafas panjang sebelum start baca perkongsian YN ni ye… >.<
Hello! As-salāmu ʿalaykum. اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم. Peace be upon you.
Saya, Yayang Nasir! Atau, anda boleh panggil saya, YN. Yayang pun boleh! ^.^
Seorang Lifestyle Ladypreneur, Muslim dari Johor Bahru, Malaysia.
Seorang freelance artist & creative designer, wife dan memiliki wonderful cats di Widad Cattery. Ocicat Breeder di Malaysia ^.^
I learned business. I do business. I do accounting. I do art & design; itu hobi dan minat YN sebenarnya. Tapi, sudah menjadi sebahagian daripada bisnes juga. You no need to be rich at first. But, you need to be ingenious (cerdik pandai) to make it you confident in making the decision in your business life. Wahhhh! haha! Bisnes dan hidup adalah perjalanan pelajaran.
Laman Web ini SEBENARNYA >.< adalah ditujukan khas kepada suri rumah, wanita-wanita yang berniaga, ingin dan minat untuk berniaga, terutamanya untuk Lady Boss, Ladypreneur dan di dalam laman web ini, YN suka untuk kongsikan apa yang YN tahu tentang bisnes & pemasaran secara amnya. Untuk basic la lebih kurang…Bukan nak tunjuk pandai atau memandai. Tapi, apa yang dikongsikan adalah apa yang YN dah pernah buat, sedang buat & ada yang dah berhasil. YN sendiri masih belajar dalam bisnes. Pendek kata, laman web ini adalah catatan nota perjalanan bisnes YN. Tak salah untuk YN kongsikan. Apa yang baik datangnya dari Allah, dan sebaliknya adalah kelemahan YN sendiri. Kita sama sama belajar. Pendek kata, bukan untuk oranglain sebenarnya, tapi lebih kepada sharing perjalanan bisnes YN. Kita ni minat bisnes… tapi banyak sangat halangannye kan… >.<
Tak kira bisnes apa sekalipun.. Bila kita sudah buat keputusan untuk berniaga, walaupun hanya menjual Nasi Lemak pada setiap pagi, Believe in yourself! Percaya kita boleh buat!
Passion and persistence in business! Then, you will be there! ^.^ Nak konsisten bukan mudah.
Setiap orang mengharungi BANYAK HALANGAN dalam perjalanan bisnes, terutamanya kaum wanita yang sudah berkahwin, ada anak atau tanggungjawab lain, tetapi hendak berniaga demi kelangsungan hidup atau pun minatnya. Apa yang YN akan kongsikan dalam laman web ini adalah semata-mata untuk menyokong wanita lain untuk berniaga dan secara tak langsung dapat bagi semangat pada mereka dan diri YN juga khususnya. YN nak, kita wanita-wanita ni… walaupun bisnes kecik macam YN, ilmu jugak penting untuk ada. Sebab, dalam islam sendiri dah jelaskan, dengan ilmu lah yang akan membezakan kita dengan orang lain!
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
: MY PHILOSOPHY.
Stay strong. Make them wonder how you’re still smiling and Never too old to chase a dream !
| Be selfish enough to have SELF LOVE, SELF WORTH & SELF RESPECT |
Step out of the history that is holding you back. Step into the new story you are willing to create.
– Oprah Winfrey
: LADY BOSS PLANNER KIT FOR YOU.
Khusus buat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga, YN tahu, menguruskan perniagaan sama ada kecil atau besar, ianya banyak cabaran. Bagaimana kita menguruskan bisnes kita, dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Bisnes adalah mungkin hobi dan minat kita, ataupun dalam masa yang sama, kita berbisnes kerana ingin bantu keluarga. Namun, tanggungjawab kita dengan keluarga juga tidak boleh diabaikan. Jadi, pengurusan masa dan pengagihan kerja adalah sangat penting. Sedangkan YN sendiri masih berusaha keras untuk menguruskan masa dengan baik. 😩
Untuk anda yang singgah di laman web ini, atau mereka yang mengenali YN dan menyokong setiap perjalanan YN, YN hadiahkan “Lady Boss Planner Kit” ini yang mungkin boleh membantu anda. Diharap ianya dapat membantu perancangan bisnes anda dengan lebih baik. FREE je tau!
[Tapi dengan syarat… baca story di page ini dahulu ye.. sebab ada banyak lagi freebies untuk YN bagi! ^.^]
: MY PROJECTS.
Seingat YN, YN suka melukis dan minat seni sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, minat bisnes sejak melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan seterusnya selepas habis belajar untuk Bachelor Accounting dengan mendapat kepujian, semangat berbisnes semakin tinggi. Sejujurnya, sehingga sekarang, di usia 41, masih belum tercapai apa yang YN impikan. Tapi Alhamdulillah… Walaupun secara zahirnya tidak nampak kita kaya, tapi rezeki tidak pernah putus. Tidak mengapa sahabat wanita, YN tahu… blockers atau halangan kita banyak. Dan tidak semua orang boleh pecahkan blockers tu dan capai apa yang dia minat dan impikan. Sebab apa? Sebab tanggungjawab & komitmen lain membatasi segalanya. YN faham semua tu.. Sebab YN sendiri melaluinya.
Sejak berhenti kerja dan menguruskan keluarga, YN ada masa untuk fokus kepada projek bisnes YN. Kalau dulu, balik kerja sampai tengah malam (sekiranya on duty) & bila sudah terlalu penat, otak tidak akan produktif. Alhamdulillah… sekarang sudah ada masa lebih untuk diri sendiri.
YN seorang yang banyak sangat idea & kalau boleh nak buat semuanya. Tapi, tidak semua apa yang kita minat, sesuai untuk dijadikan bisnes kerana kita kena lihat kepada permintaan pasaran. Bak kata orang; ”Jangan Syok Sendiri”. Walaupun tidak kaya, sekurang-kurangnya kita boleh bantu keluarga. Ataupun, kalau kita teringin nak beli barang yang kita minat, kita boleh buat pembayaran dalam shopping cart kita tu dengan duit sendiri! ^.^ Betul tak? Sebab ada suami yang tak kisah kita nak beli apa, asalkan duit sendiri. Haha! Sebab dia tahu… nak halang pun, nanti si isteri bad mood je! ^.^ Ada duit, beli… tak ada duit, diam-diam aje.
Jadi, daripada banyak idea itu, YN telah simpulkan beberapa projek yang YN gunakan untuk bantu orang lain, khususnya wanita-wanita suri rumah atau yang memerlukan pendapatan tambahan untuk keluarga. Tidak lah ianya terlalu kompleks, tetapi sangat sesuai untuk kita yang menjalankan bisnes kecil-kecilan. Biarlah ianya kecil, tetapi diurus dengan secara teratur & professional. Khususnya dari segi pengurusan bisnes. Supaya apa? Supaya otak kita tak kusut dan serabut. Nak uruskan bisnes & serentak dengan keluarga.
START UP BUSINESS.
**Akan Datang : YN akan compile-kan beberapa FREE items yang perlu digunakan untuk Start Up Business
Nak tahu tak? YN sangat teruja untuk berkongsi ilmu dengan anda! Terutamanya suri rumah; yang ada pendidikan yang baik, tetapi terpaksa berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu. (Ya! it’s me!) Jom Bangkit! Kita boleh create a new story for our life ^.^ walaupun kita mempunyai tanggungjawab menguruskan keluarga. Biarlah ilmu dan kemahiran kita semakin bertambah & diri kita sebagai wanita seorang suri rumah khususnya di pandang pada satu level yang bagus.
Tak tahu nak bisnes apa?
Anda boleh mulakan dengan APA YANG ADA PADA ANDA. Apa dia? Hobi. Minat. Kemahiran. Apa yang anda boleh buat tanpa keluarkan modal yang besar, ataupun tanpa modal langsung. Bisnes tanpa modal langsung adalah bisnes yang melibatkan kemahiran dari otak anda. Contohnya; Designing, Creating, Coaching dan sebagainya. Paling ramai kaum wanita suri rumah berniaga bermula dari dapur. That’s one of the good ideas! Ye. Mungkin kos adalah utilities & anda perlukan komputer atau pun peralatan lain. Tapi, macam yang YN katakan tadi, mulakan apa yang ada pada anda. Mungkin peralatan itu anda selalu gunakan di rumah dan ia boleh diguna pakai untuk tujuan bisnes dalam tempoh permulaan. Bisnes kecil-kecilan, baru nak mula, tak salah kita gunakan dulu peralatan tersebut. Later on, bila kita nak grow the business, yesss…. that time mungkin slowly kita akan take into account. TAPI, kena ingat…
To turn your hobby into a business, you need EXTRA efforts from the scratch; test the concept, the demand from your target market, create a business plan, build your brand, develop marketing strategy, build your audience, find your customer, watch your finances and you must get a mentor. A lot! But, if you want to try, you MUST to be committed and you should have a passion for what you do.
Suka untuk YN kongsikan satu bisnes yang bagi YN ianya sangat mudah untuk mereka yang mahu memulakan bisnes, belajar bisnes; iaitu dengan menjadi ejen/konsultan/dropship. Mungkin akan ada dengar statement dari orang…. ahhh jadi ejen ni tak kaya.. berapa je dapat… nak kena carik orang hari hari… nak kena ada modal untuk stok.. tak ada masa untuk masuk kelas.. dan macam macam lagi negative statements. Bagi YN, ITU SEMUA ALASAN! Bisnes apa sekalipun, akan ada perkara yang kita kena korbankan. Tak salah untuk cuba & mula. Belajar. Konsep yang YN nak kongsikan adalah belajar. Bila rasa dah boleh bergerak sendiri, buat pelan perniagaan anda sendiri dari apa yang anda belajar. There is NO RIGHT or WRONG sebenarnya untuk mula bisnes.
YN sendiri adalah salah seorang daripada konsultan untuk brand SUMOSAUNA. Banyak yang anda boleh belajar. Tidak perlu simpan stok, tidak perlu laburkan sejumlah modal untuk bisnes dan bahan pemasaran juga disediakan daripada pihak HQ Sumosauna. Tetapi, sekiranya anda nak grow the business, memang sebaiknya perlu ada stok untuk memudahkan pelanggan beli terus daripada anda. Yang ini, YN cadangkan jika anda sudah betul-betul yakin untuk grow the business. Di Sumosauna, anda boleh belajar banyak tentang selling and marketing. Yang bagusnya, bisnes bukan dari scratch. Apa yang penting, semangat dan komitmen dan juga persistence! Tak salah untuk mencuba!
Jika anda berminat untuk sertai bersama Team Empire Sauna dalam Sumosauna, anda boleh WhatsApp YN DI SINI ye.. ataupun, boleh tengok laman web Empire Sauna DI SINI.
Kalau anda kekal dengan bisnes yang SAMA selama 6 bulan pertama, ia bermakna anda ada peluang baik dengan bisnes tersebut! 6 Bulan Pertama ibarat tempoh percubaan! Ye. Mungkin akan ada masa kita jatuh, dan ada masa kita naik, atau pun ada masa kita paused (berhenti seketika) di sebabkan halangan-halangan yang tidak boleh kita elak. TAPI, selagi niat, impian & apa yang kita nak dengan bisnes tu MASIH ADA, bermakna kita boleh teruskan. CUMA, perlukan perancangan & tindakan yang betul. In Shaa Allah!
Sejujurnya, YN sendiri pernah cuba macam macam bisnes. Pernah mula dengan macam macam termasuklah menjahit! Haha! Bukan ambil tempahan jahit baju tau.. Tapi design seluar dari batik & bag making. Dan juga buat Catnip Pillow untuk kucing dari kain batik! ^.^ Alhamdulillah… ok lah.. Best! Ada demand. Tapi tak banyak. Dan, the problem is manpower. YN sibuk uruskan cattery, masa untuk menjahit tu sangat sangat terhad. Stress agak lebih. Nak upah orang, kita belum layak lagi. So, sedikit demi sedikit YN explore apa kemahiran yang YN boleh buat untuk hasilkan duit tanpa keluarkan modal yang besar! YN mula listkan dengan memasak! Haha.. Yes… YN pandai masak tau ^.^ Jangan tak percaya. Hehe.. YN suka baking. Tapi ada problem jugak.. kepenatan uruskan cattery, then nak masak untuk rumah.. nak baking lagi… risau kek bantat! haha! Masak/baking untuk makan sendiri tak pe.. Untuk jual ni… kena konsisten hari hari. So, next! ART & DESIGN. Bermula dengan design/create Excel Accounting System. Yang ni sebenarnya agak complicated sebab melibatkan ilmu akaun & skill microsoft excel. Yang ni.. YN paksa diri untuk buat sebab YN tak nak ilmu akaun tu terhapus gara gara YN dah berhenti kerja. Berhenti kerja sebab suami berpindah kerja di Abu Dhabi & YN uruskan cattery di rumah. Design untuk accounting system ni ambil masa bertahun untuk final user. Bukan mudah. Tapi sebab YN suka, ianya jadi tak mustahil. YN buat dari scratch. Kena expert formula excel untuk pastikan links setiap akaun tu berjaya. Banyak test kena buat. Dan, dalam masa yang sama, YN buat bisnes Commission Artwork. Ambil upah melukis. Dari situ sedikit demi sedikit YN upgrade kemahiran melukis dan design setiap hari. Dah lebih 4 tahun fokus YN lebih kepada bisnes untuk art & design. Alhamdulillah, walaupun tak kaya, tapi apa yang YN buat sekarang dah cukup gembira. Yang penting, kita tak susahkan orang. Malah boleh bantu orang!
BUSINESS MARKETING GRAPHIC DESIGN.
Graphic design dalam strategi pemasaran bisnes adalah sangat penting di mana you’ll increase your visibility and brand awareness. It can effectively convert your prospects into sales, project credibility and trust.
Sejak YN sertai SUMOSAUNA, YN telah menghasilkan beratus design untuk poster termasuk marketing materials yang lain seperti banner, bunting ataupun flyers yang dikongsi bersama ribuan ejen SUMOSAUNA yang lain, di mana YN memiliki Marketing Channel khas sendiri berkaitan SUMOSAUNA di Telegram dan mempunyai hampir 500 subscribers. Anda boleh lihat Marketing Channel Telegram YN DI SINI.
Walaubagaimanapun, jika anda sedang mencari seseorang to create your Social Media Marketing Design, you do not worry because you can do it easily by yourself from the templates downloaded from this site! YN ada kongsikan canva templates untuk anda gunakan dalam bisnes. Boleh FREE download je dalam laman web ni ye. YN halal kan ^.^
Tapi, kalau anda perlukan khidmat YN sebagai Creative Designer to help you achieve your goals in creative needs for your business like to create your Brand Identity (Logo Design, Brand Board Design), Brand Materials (Business Card, Bunting, Banner, Signboard, Catalog, Flyers, T-Shirt), other Brand Assets like Certificates or also to create your Social Media Marketing Design (Business Poster for Instagram/Facebook Post, Facebook Cover), feel free ^.^ to contact me directly for further discussion or you can PROCEED HERE.
[Untuk muat turun secara percuma Canva Templates untuk Business Marketing Design, link YN bagi pada penghujung page ini. Diharap anda dapat sabar dan baca sampai habis ye…. Banyak yang YN nak kongsikan… ^.^]
KIRA – EXCEL ACCOUNTING SYSTEM.
Tahu kan?
YN ada develop Excel Accounting System untuk Small Business Owner. Kalau siapa yang mengenali YN, YN memiliki Diploma Accounting & BacheIor Accounting (Hons.) serta lebih 13 tahun berpengalaman dalam bidang perakaunan, juga seorang yang master dalam perisian Microsoft Excel.
YN seorang yang very passionate on designing something and Alhamdulillah.. I learned something new every phase of designing and developing that Excel Accounting System; KiRA.
The first version is on Year 2019 and the latest version updated Year 2023 for KiRA – Accounting (Basic). The system is offline. No Macro. No installation. No renewal. Easy to use and you just need to follow the steps. Even tho you do not have the accounting knowledge. But, you need a basic knowledge on Microsoft Excel. I dedicated the system especially for all dear Lady Boss out there!
Sangat mudah untuk digunakan tau! Sesuai untuk bisnes yang kecil-kecilan. Rekod transaksi bisnes duit masuk & keluar setiap hari & terdapat pelbagai laporan kewangan yang anda sendiri boleh keluarkan. YN sendiri akan guide anda selama setahun. Biasanya, kalau lebih setahun, kalau anda tanya pun.. tak delah YN block nombor anda ^.^ Tanya je… In Shaa Allah kita bantu. hehe
I knew that an accounting is possibly the most boring subject in the world. And also it could be the most confusing. But, if you want to be successful in a business, to be rich, in a long term, In Shaa Allah! then it could be the most important subject to learn for you lady as a business owner!
EXCEL TEMPLATES.
Untuk mereka yang ingin memulakan bisnes atau sedang menguruskan bisnes, pengurusan data maklumat bisnes penting untuk anda buat dengan sempurna. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan accounting/finance bisnes itu sendiri.
Untuk salah satu projek YN, YN juga akan bagi secara percuma, beberapa Excel Templates untuk pengurusan bisnes anda. Mungkin ianya agak complicated & details, tapi.. kalau anda betul betul menggunakannya dengan baik, pasti ianya dapat membantu bisnes anda kelak.
YN akan cuba kongsikan selalu template template terbaru yang mudah & ringkas untuk bisnes anda.
Welcome Ladies to my site!
**kalau ada yang bukan ladies masuk page ni.. YN tetap alu-alukan jua. Selamat Datang! >.<
Happy Browsing! You may start FREE Download here
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Bismil-laahir-Rahmaanir-Raheem
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
MY BLOG. | THE SHOP.
Disclaimer/Penafian : Harap Maaf. Bahasa di dalam laman web ini (www.yayangnasir.com) tidak sesuai untuk urusan rasmi. Ianya bercampur di antara Bahasa Melayu & Inggeris dan juga terdapat ‘bahasa pasar’ yang digunakan kerana untuk memudahkan penyampaian dan pemahaman di antara penulis dan pembaca di Malaysia. Semua kandungan yang disediakan di laman web ini (www.yayangnasir.com) adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang diberikan di dalam laman web ini (www.yayangnasir.com) adalah berdasarkan pengalaman penulis & juga bahan bacaan tambahan sebagai rujukan. Pihak Yayang Nasir Empire/Yayang Nasir tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam laman web ini (www.yayangnasir.com) mahupun untuk ketersediaan maklumat dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan daripada paparan atau penggunaan maklumat. Terima Kasih.