Art and love are the same thing: It’s the process of seeing yourself in things that are not you.
THE STORY.
Ok. This is my first upload dalam portfolio project. Projek sebelum ni banyak. Kemudian YN akan upload selepas compile-kan. Sebagai part of my art journey jugak. Dulu, lukisan tak berapa cantik sangat.. Sekarang dah upgrade sikit lah..
Nak tau tak? Mula mula dapat iPad Pro daripada en suami, YN sangat happy! Dia buat surprised kat kita. Dia tahu pulak YN ada buat wishlist kat board dalam studio YN. Tak sangka pulak dia interested nak baca. Sebab setahu YN, dia tak nak amik tahu sangat apa yang YN buat.. hehe
So, kenapa iPad Pro?
Projek melukis YN dalam bentuk digital sebelum ni, menggunakan Wacom Tablet yang size kecik dan bukannya jenis display drawing tablet yang boleh lukis terus pada screen. Itupun en suami yang hadiahkan dulu. Dulu, YN melukis guna aplikasi Adobe illustrator, sebab banyak buat projek vector – untuk logo dan sebagainya. YN memang nak beli yang jenis display drawing tablet, salah satunya daripada XP-Pen. Affordable & tak jauh fungsi nya dengan Wacom Tablet. Jenama Wacom bagus, tetapi agak mahal. Dan, XP-Pen/Wacom pulak tak boleh dibawa ke mana mana. Boleh, tapi nak kena usung laptop sekali. Sebab cable connection dari tablet ke laptop. So, agak leceh memandangkan YN suka melukis kat mana mana je. Tak suka lepak lama dalam studio.
Dipendekkan cerita, lukisan “My Husband” ini adalah lukisan awal selepas dapat je iPad Pro dari en suami ^.^ Hehe!
Thanks for browsing my art portfolio!